ADIL, BERSIH & PEDULI

Wednesday, October 19, 2005

Sekitar Program 3R di Masjid al- Mujahideen


Nik Saiful ramah bersama peserta




Wan Roslan tenang mendengar bacaan peserta




Antara yang ambil bahagian

Tuesday, October 18, 2005

Ramadhan Pit-Stop part 2

Kelana Jaya, 17 Okt : Program Ramadhan Pit-Stop sekali lagi telah berjaya diadakan buat kali kedua. Kali ini, Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara(DPPPJU) telah menjadikan Stesen LRT Kelana Jaya sebagai tempat tumpuan.

Program kali ini disertai oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom. Turut menemani beliau ialah Azri Mohd Arish, Setiausaha Pemuda Negeri Selangor. Suasana pada kali ini sedikit berbeza, di mana non-muslim lebih ramai jika dibandingkan dengan program yang pertama.

“Saya mendapati program Ramadhan Pit-Stop ini dapat memberi satu anjakan paradigma dalam usaha dakwah dan memasyarakatkan PAS”, jelas Ustaz Ramli.
Program berakhir dengan majlis makan bersama antara DPPPJU dan Ustaz Ramli sejurus selepas solat Maghrib.

Thursday, October 13, 2005

Ramadhan “Pit Stop”

Kelana Jaya, 10 Okt – Dalam usaha dakwah dan memasyarakatkan PAS, Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara(DPPPJU) telah berjaya menjalankan program memberi juadah berbuka puasa secara percuma. Ini bersesuian dengan hadith Nabi SAW, “Sesiapa yang memberi makan kepada seorang yang berpuasa, akan mendapat balasan pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripadanya” (HR at-Tirmizi). Di samping itu, risalah mengenai Ramadhan yang diterbitkan oleh DPPPJU turut disebarkan.

Program yang diberi nama Ramadhan “Pit Stop” ini telah berlangsung di Stesen LRT Taman Bahagia bermula jam 6.50 pm sehingga azan Maghrib. Antara pimpinan yang hadir dan turut menjayakan program ialah Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor, Hj Yusuf Ludin, merangkap YDP PAS Kawasan Petaling Jaya Utara. Turut menemani beliau ialah Ketua Penerangan Kawasan, Che Ku Bakar.

Objektif utama program ialah untuk memberi sedikit juadah kepada masyarakat Islam yang mana mereka terpaksa berbuka puasa dalam perjalanan. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan keselesaan kepada mereka untuk berbuka. Di samping itu, mereka juga dapat berbuka tepat pada waktunya tanpa perlu berlengah-lengah.

“Program seumpama ini perlu diperbanyakan dalam rangka dakwah justeru untuk memasyarakatkan PAS,” kata Hj Yusuf.

“Pendekatan dakwah yang dinamis dan komtemporer perlu dijalankan di kawasan pertengahan seperti Petaling Jaya Utara lantas dapat mempromosikan PAS yang sentiasa prihatin dan peduli terhadap masyarakat,” kata Abd Rahman Sadikin, Ketua Pemuda PJU.

Seramai 12 orang wakil pemuda telah bersama menjayakan program ini. Dalam pada itu, masyarakat non-muslim turut berkesempatan menerima juadah dan risalah Ramadhan yang disediakan.
Sila ke http://spaces.msn.com/members/dpppju/ untuk melihat foto

Wednesday, October 12, 2005

Weekly Update

Alhamdulillah, genap seminggu umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Suasana ibadah tampak jelas di masjid-masjid dan surau-surau. Tua, muda dan kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah. Tidak cukup dengan itu, masyarakat umumnya dihadapkan dengan juadah yang mewah dan meriah. Apa pun nama yang diberi Bazar Ramadhan, Pasar Ramadhan dan seangkatan, sudah cukup untuk menarik manusia untuk berkerumun sambil berbelanja bagi persiapan berbuka. Kalau dilihat dari jauh, seolah-olah suasan rapat umum yang diadakan menentang kezaliman US. Begitulah ramainya manusia.
Namun, apa yang lebih penting dari itu semua ialah, sejauh mana kita telah menghayati Ramadhan yang telah berlalu 7 hari. Bagaimana dengan checklist ibadah? Adakah ianya menyamai atau menghampiri piawai yang telah ditetapkan oleh Quran dan Sunnah? Antara lain yang mungkin boleh diambil peduli :
Bagaimana dengan tadarus/tilawah Quran kita?
Bagaimana dengan solat berjemaah kita?
Bagaimana dengan solat tarawih dan solat sunat yang lain?Bagaimana dengan sadaqah kita?
Bagaimana dakwah dan jihad kita?
Adakah kita telah berjaya untuk ber”qiyam” bersama keluarga(isteri dan anak-anak) di rumah?
Adakah kita telah berjaya untuk iftar bersama keluarga?
Adakah kita telah berjayakan adakan sesi duduk-duduk bersama keluarga sambil berbincang hal-hal berkaitan hadith nabi, sirah perjuangan Rasulullah SAW, kisah-kisah tauladan dan lain-lain?
Begitulah beberapa soalan-soalan yang mungkin perlu kita jawab, dan kalau nak diikutkan soalan-soalan ini boleh sampai menjela-jela. Apa yang penting, seminggu telah berlalu. Apa tindakan kita untuk minggu-minggu seterusnya. Kesempatan yang kita ada perlu untuk kita lakukan weekly update atau muhasabah Ramadhan. Ini penting bagi mencapai Key Taqwa Indicator sepertimana yang disebutkan dalam Quran semoga beroleh taqwa.