ADIL, BERSIH & PEDULI

Thursday, March 22, 2007

Rumusan Usrah DPPPJU

Tempat : Rumah akhi Ateed
Tarikh : 16/3/2007
Masa : 9pm

Adab Pergaulan Dalam Islam
- Antara tujuan Rasulullah SAW diutuskan adalah untuk memantapkan akhlaq rakyat
- Hati adalah asas pergaulan sesama Muslim
- Wajib menjaga dan menyuburkan hati agar lahir akhlak yang mulia
- Insan yang waras wajib menjaga hati
- Perlu mengetahui apa sebenarnya bersikap lemah lembut dan keras kerana kedua-duanya penting dalam pergaulan sesama Muslim. Tidak semestinya seseorang yang bersikap keras yang sesuai pada ketika itu dianggap tidak pandai menjaga pergaulan. Begitu juga sebaliknya.

Tuesday, March 13, 2007

Tamrin & Family Day 2007

25 Feb, Batang Kali - PAS Kawasan Petaling Jaya Utara telah berjaya mengadakan Program Tamrin & Hari Keluarga PAS Kawasan pada 24 & 25 Feb 2007 di Kem Hulu Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor. Hampir 80 orang peserta yang berjaya hadir dengan keluarga masing-masing.Ust Jamaluddin selaku Pengarah Program dan juga Ketua Urusan Ulama' Kawawsan PJU bersama Jawatankuasanya telah berjaya memberi ruang kepada ahli-ahli dan keluarga berinteraksi dan menjalinkan ukhwah di kalangan ahli-ahli.Penghargaan kepada kepimpinan PAS Kawasan PJU yang sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan program yang telah di rancang lebih dari 2 bulan itu.Kepada para peserta yang hadir diucapkan tahniah dan terima kasih kerana berjaya hadir dan melapangkan masa untuk program seumpamanya.














Untuk photo selanjutnya, sila layari