ADIL, BERSIH & PEDULI

Monday, April 09, 2007

Mesyuarat Agung Tahunan DPPPJU Kali Ke-4

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara (DPPPJU) Kali ke-4 telah berjaya diadakan pada 8/4/07 di Markaz PAS Kawasan Petaling Jaya Utara (baca:rumah Hj. Kamaruddin Suhaimi). Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan, Jentera Pilihanraya Negeri Selangor, Ust Sallehen Mukhyi. Dalam ucapan perasmian, Ust Sallehen telah menyentuh bahawa pemuda-pemuda mestilah menggalas dan ke depan dalam kerja-kerja dakwah dan perjuangan. Gerak kerja mestilah mencontohi sunnah Rasulullah SAW, yang mana terdapat 3 perkara penting yang perlu di ambil berat.
1) Pembinaan imej
2) Mencari sahabat-sahabat
3) Memperkuatkan program-program dalaman (ie; usrah, tamrin, majlis ilmu)
Turut diadakan penyampaian anugerah kepada 2 kategori,
1) Anugerah Jawatankuasa Penaja Pemuda Cawangan terbaik - Cawangan Damansara Utama
2) Ahli yang mencari ahlib baru yang teramai - akh Wan Roslan Wan Abu Bakr
Memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan, berikut adalah AJK DPPPJU yang baru untuk sesi 2005-2007.
Ketua : Azri Mohamad Arish
Timbalan Ketua : Nik Saiful Azlan Nik Ismail
Naib Ketua : Mohd Lukmanuddin Abu Hassan
Setiausaha : Ariff 'Ateed Hasan
Penolong Setiausaha : Mohd Lotfi Abdulah
Bendahari : Azizi Ariffin
Ketua Penerangan : Hasnizul Ahmed Shukery
Ahli Jawatankuasa :
1) Wan Roslan Wan Abu Bakar
2) Rahim Rasimin
3) Nor Mohd Ramdan Adnan
4) Azizul Ariffin

Pengerusi Tetap : Hj Mokhtar Ahmad
Timbalan Pengerusi Tetap : Che Ku Abu Bakar Che Ku Mahmud
Pemeriksa Kira-kira 1 : Hj Kamaruzaman Shaari
Pemeriksa Kira-kira 2 : Mohd Arizan Hassan