ADIL, BERSIH & PEDULI

Wednesday, September 21, 2005

PENTINGNYA MENGHAYATI SIRAH RASULULLAH S.A.W

Adalah menjadi perkara utama setiap muslim menghayati sejarah(sirah) Rasulullah s.a.w. kerana ianya menjadi tafsir praktikal kepada al-Quran al-Karim. Mengkaji sirah Rasulullah s.a.w. bukan sekadar mengkaji tokoh atau pemimpin biasa tetapi ianya mempunyai hubungan yang erat dengan persoalan mengapa kita mempercayai rukun-rukun iman yang disampaikan oleh Allah SWT kepada Rasulullah s.a.w dan akhirnya sampai kepada kita sekarang.
Di antara kepentingan kita mempelajari dan menghayati sirah Rasulullah s.a.w ialah :
  1. Memahami akhlak Rasulullah s.a.w. di dalam kehidupan dan situasi yang dialami bagi meyakinkan bahawa Nabi Muhammad itu bukan sekadar seorang tokoh dikalangan kaumnya tetapi lebih dari itu ialah sebagai seorang Rasul yang disokong oleh wahyu dan sentiasa mendapat taufik dan hidayah Allah SWT.
  2. Mendapat gambaran yang jelas dari contoh yang paling baik di dalam kehidupan sama ada akhlak, prinsip hidup dan sebagainya melalui perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
  3. Dapat memahami al-Quran dengan cara yang betul melalui penghayatan dan merasa roh dan matlamatnya kerana kebanyakan ayat-ayat al-Quran ditafsirkan oleh peristiwa yang dilalui Rasulullah s.a.w.
  4. Dapat mengumpulkan pengetahuan yang sebanyak-banyaknya tentang Islam sama ada yang berhubung dengan aqidah, hukum-hukum atau akhlak kerana peribadi Rasulullah s.a.w. itu mengandungi contoh Islam yang sebenarnya.
  5. Seseorang Muslim dapat meneruskan cita-cita Islam melalui jalan yang ditunjukan oleh sirah Rasulullah s.a.w.

RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI AWANG, 1988, DPF, JILID 1

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home