ADIL, BERSIH & PEDULI

Friday, September 09, 2005



KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini mengesahkan 12 artis yang akan turun padang menetang pasukan Pemuda PAS dalamperlawanan persahabatan 10 September ini di Padang Seksyen 17 Shah Alam.Menurut Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman, perlawana itu akan dimulakan pada jam 5.00 petang Sabtu ini dan akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengadakan sidang media khas di Pejabat Editorial Harakah, Jalan Pahang dalam mengumumkan perlawanan bola sepak antara pasukan artis dengan Pemuda PAS. Bagaimanapun beliau enggan mengumumkan nama-nama artis yang bakal menghadiri perlawanan persahabatan itu. "Kita boleh pastikan bahawa mereka ini adalah artis yang terkenal.Tetapi nama mereka saya tak boleh sebutkan sekarang.Ini satu kejutan untuk semua, "Pada mulanya kita nak jemput Asmawi Ani (Mawi) untuk melakukan sepak mula dengan Ustaz Nasharudin, tetapi oleh kerana Mawi ada komitmen lain yang tak dapat dielak, beliau tidak dapat hadir," katanya. Sementara itu beliau turut mengumumkan barisan pemain dari pasukan Pemuda PAS. Antaranya ialah, bekas Ketua Pemuda PAS, Haji Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu dan Husam Musa, serta pemain dari kalangan Exco Pemuda PAS. "Kita juga menjemput bekas pemain bola sepak negara, Radhi Mat Din sehingga kini beliau belum menolak jemputan itu," katanya. Beliau menyeru orang ramai hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu di Shah Alam Sabtu ini.-wn.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home