ADIL, BERSIH & PEDULI

Thursday, September 22, 2005

Sejam Bersama YB TG Ismail Noh

Tazkirah dan penerangan yang disampaikan oleh YB TG Ismail Noh malam tadi cukup memuaskan hati dan jiwa bagi para du'at dan aktivis Islam. Sememangnya, suntikan, motivasi dan perkembangan terbaru politik amatlah diperlukan bagi setiap ahli PAS. Ini bagi memastikan keberlangsungan dan keterlibatan ahli dalam dakwah dan politik. Program yang diadakan di rumah Hj Izham anjuran PAS Kawasan Kelana Jaya mendapat sambutan yang menggalakan sungguhpun program bermula lewat dari masa yang ditetapkan.
YB TG mengingatkan kepada hadirin bahawa kesabaran merupakan perkara yang penting yang wajib ada bagi setiap aktivis. Beberapa ayat al- Quran dijadikan dalil. Beliau juga menyebutkan iman yang kuat adalah punca kepada kekuatan sesebuah gerakan Islam. Keyakinan kepada janji-janji dan ganjaran-ganjaran Allah kepada para aktivis Islam sepatutnya menjadi motivasi dan daya penggerak kepada ahli. YB TG turut menyeru kepada ahli-ahli PAS untuk melipat gandakan usaha dan kerja. Ini kerana di Selangor khususnya, adalah negeri yang mempunyai rakyat yang celik, peka dan cerdik pandai. Selain itu, kemudahan komunikasi memberikan kredit kepada PAS untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang.
Dalam isu Mawi dan perkembangan di Kelantan, beliau menegaskan agar akur dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan. Sepatutnya tidak timbul isu setuju atau tidak setuju. "TG Nik Aziz melihat sesuatu perkara atas kapisiti beliau sebagai seorang Menteri Besar yang mentadbir rakyat yang ramai. Beliau duduk diatas. Sudah semestinya TG Nik Aziz melihat jauh dan lebih ke depan berbanding mereka yang duduk di bawah", jelas YB TG Ismail Noh. Menjelang Ramadhan, kerajaan negeri telah mengadakan peruntukan untuk meraikan dan mengimarahkan bulan Ramadhan. Antaranya ialah juadah ifthar yang akan diberikan secara percuma di sekitar bandar Kota Bharu. Imam solat Tarawih juga di"import" khusus dari Arab Saudi bagi mendatangkan suasana seakan-akan Makkah. Selain itu, beliau menyatakan PAS Kelantan akan menang besar dalam pilihanraya akan datang. Ini berdasarkan sumber-sumber dalaman yang diperolehi. "UMNO dalam keadaan kucar-kacir dan berpecah-belah" jelas beliau.
Di akhir program, beliau mengingatkan kepada ahli-ahli PAS supaya sentiasa menguatkan hubungan dengan Allah swt. Hubungan yang erat dan kuat dangan Allah swt merupakan pra-syarat kemenangan bagi gerakan Islam. Antara pemuda yang hadir ialah akhi Arizan, Nik Saiful, Azizul, Wan Roslan dan 'Ateed.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home