Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang
Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum, terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
- Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
- Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
- Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.
- Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
- Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
- Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
- Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
- Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
- Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
Sumber : Pusat Kesihatan Universiti UUM
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home