Menilai ‘Kerinduan’ Terhadap Ramadhan
Nilailah diri anda dengan menjawab soalan berikut :
- Adakah anda sudah membuat latihan berpuasa daripda bulan Syaaban dan Rejab?
- Adakah anda sudah merancang untuk membahagikan hari untuk membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadhan?
- Adakah anda sentiasa mencari-cari artikel yang menceritakan tentang Ramadhan?
- Adakah anda sentiasa mengira-ngira hari demi hari sehinggalah menjelmanya Ramadhan?
- Adakah anda mengucapkan ucapan “Ramadhan Mubarak” kepada semua orang yang ada disamping anda?
- Adakah anda sentiasa memikirkan berapakah jumlah yang ingin disumbangkan atau disedekahkan kepada fakir miskin (atau yang memerlukan) pada Ramadhan?
- Adakah anda memikirkan perkara-perkara makrufat(kabajikan) yang akan anda usahakan bagi Ramadhan?
- Adakah anda merindui akan kedatangan Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan nanti?
- Adakah anda menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh beribadah pada Ramadhan yang lalu?
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home