ADIL, BERSIH & PEDULI

Thursday, October 13, 2005

Ramadhan “Pit Stop”

Kelana Jaya, 10 Okt – Dalam usaha dakwah dan memasyarakatkan PAS, Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara(DPPPJU) telah berjaya menjalankan program memberi juadah berbuka puasa secara percuma. Ini bersesuian dengan hadith Nabi SAW, “Sesiapa yang memberi makan kepada seorang yang berpuasa, akan mendapat balasan pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripadanya” (HR at-Tirmizi). Di samping itu, risalah mengenai Ramadhan yang diterbitkan oleh DPPPJU turut disebarkan.

Program yang diberi nama Ramadhan “Pit Stop” ini telah berlangsung di Stesen LRT Taman Bahagia bermula jam 6.50 pm sehingga azan Maghrib. Antara pimpinan yang hadir dan turut menjayakan program ialah Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor, Hj Yusuf Ludin, merangkap YDP PAS Kawasan Petaling Jaya Utara. Turut menemani beliau ialah Ketua Penerangan Kawasan, Che Ku Bakar.

Objektif utama program ialah untuk memberi sedikit juadah kepada masyarakat Islam yang mana mereka terpaksa berbuka puasa dalam perjalanan. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan keselesaan kepada mereka untuk berbuka. Di samping itu, mereka juga dapat berbuka tepat pada waktunya tanpa perlu berlengah-lengah.

“Program seumpama ini perlu diperbanyakan dalam rangka dakwah justeru untuk memasyarakatkan PAS,” kata Hj Yusuf.

“Pendekatan dakwah yang dinamis dan komtemporer perlu dijalankan di kawasan pertengahan seperti Petaling Jaya Utara lantas dapat mempromosikan PAS yang sentiasa prihatin dan peduli terhadap masyarakat,” kata Abd Rahman Sadikin, Ketua Pemuda PJU.

Seramai 12 orang wakil pemuda telah bersama menjayakan program ini. Dalam pada itu, masyarakat non-muslim turut berkesempatan menerima juadah dan risalah Ramadhan yang disediakan.
Sila ke http://spaces.msn.com/members/dpppju/ untuk melihat foto

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home