ADIL, BERSIH & PEDULI

Wednesday, September 28, 2005

Menilai ‘Kerinduan’ Terhadap Ramadhan

Nilailah diri anda dengan menjawab soalan berikut :

  1. Adakah anda sudah membuat latihan berpuasa daripda bulan Syaaban dan Rejab?
  2. Adakah anda sudah merancang untuk membahagikan hari untuk membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadhan?
  3. Adakah anda sentiasa mencari-cari artikel yang menceritakan tentang Ramadhan?
  4. Adakah anda sentiasa mengira-ngira hari demi hari sehinggalah menjelmanya Ramadhan?
  5. Adakah anda mengucapkan ucapan “Ramadhan Mubarak” kepada semua orang yang ada disamping anda?
  6. Adakah anda sentiasa memikirkan berapakah jumlah yang ingin disumbangkan atau disedekahkan kepada fakir miskin (atau yang memerlukan) pada Ramadhan?
  7. Adakah anda memikirkan perkara-perkara makrufat(kabajikan) yang akan anda usahakan bagi Ramadhan?
  8. Adakah anda merindui akan kedatangan Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan nanti?
  9. Adakah anda menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh beribadah pada Ramadhan yang lalu?

Thursday, September 22, 2005

Sejam Bersama YB TG Ismail Noh

Tazkirah dan penerangan yang disampaikan oleh YB TG Ismail Noh malam tadi cukup memuaskan hati dan jiwa bagi para du'at dan aktivis Islam. Sememangnya, suntikan, motivasi dan perkembangan terbaru politik amatlah diperlukan bagi setiap ahli PAS. Ini bagi memastikan keberlangsungan dan keterlibatan ahli dalam dakwah dan politik. Program yang diadakan di rumah Hj Izham anjuran PAS Kawasan Kelana Jaya mendapat sambutan yang menggalakan sungguhpun program bermula lewat dari masa yang ditetapkan.
YB TG mengingatkan kepada hadirin bahawa kesabaran merupakan perkara yang penting yang wajib ada bagi setiap aktivis. Beberapa ayat al- Quran dijadikan dalil. Beliau juga menyebutkan iman yang kuat adalah punca kepada kekuatan sesebuah gerakan Islam. Keyakinan kepada janji-janji dan ganjaran-ganjaran Allah kepada para aktivis Islam sepatutnya menjadi motivasi dan daya penggerak kepada ahli. YB TG turut menyeru kepada ahli-ahli PAS untuk melipat gandakan usaha dan kerja. Ini kerana di Selangor khususnya, adalah negeri yang mempunyai rakyat yang celik, peka dan cerdik pandai. Selain itu, kemudahan komunikasi memberikan kredit kepada PAS untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang.
Dalam isu Mawi dan perkembangan di Kelantan, beliau menegaskan agar akur dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan. Sepatutnya tidak timbul isu setuju atau tidak setuju. "TG Nik Aziz melihat sesuatu perkara atas kapisiti beliau sebagai seorang Menteri Besar yang mentadbir rakyat yang ramai. Beliau duduk diatas. Sudah semestinya TG Nik Aziz melihat jauh dan lebih ke depan berbanding mereka yang duduk di bawah", jelas YB TG Ismail Noh. Menjelang Ramadhan, kerajaan negeri telah mengadakan peruntukan untuk meraikan dan mengimarahkan bulan Ramadhan. Antaranya ialah juadah ifthar yang akan diberikan secara percuma di sekitar bandar Kota Bharu. Imam solat Tarawih juga di"import" khusus dari Arab Saudi bagi mendatangkan suasana seakan-akan Makkah. Selain itu, beliau menyatakan PAS Kelantan akan menang besar dalam pilihanraya akan datang. Ini berdasarkan sumber-sumber dalaman yang diperolehi. "UMNO dalam keadaan kucar-kacir dan berpecah-belah" jelas beliau.
Di akhir program, beliau mengingatkan kepada ahli-ahli PAS supaya sentiasa menguatkan hubungan dengan Allah swt. Hubungan yang erat dan kuat dangan Allah swt merupakan pra-syarat kemenangan bagi gerakan Islam. Antara pemuda yang hadir ialah akhi Arizan, Nik Saiful, Azizul, Wan Roslan dan 'Ateed.

Wednesday, September 21, 2005

PENTINGNYA MENGHAYATI SIRAH RASULULLAH S.A.W

Adalah menjadi perkara utama setiap muslim menghayati sejarah(sirah) Rasulullah s.a.w. kerana ianya menjadi tafsir praktikal kepada al-Quran al-Karim. Mengkaji sirah Rasulullah s.a.w. bukan sekadar mengkaji tokoh atau pemimpin biasa tetapi ianya mempunyai hubungan yang erat dengan persoalan mengapa kita mempercayai rukun-rukun iman yang disampaikan oleh Allah SWT kepada Rasulullah s.a.w dan akhirnya sampai kepada kita sekarang.
Di antara kepentingan kita mempelajari dan menghayati sirah Rasulullah s.a.w ialah :
  1. Memahami akhlak Rasulullah s.a.w. di dalam kehidupan dan situasi yang dialami bagi meyakinkan bahawa Nabi Muhammad itu bukan sekadar seorang tokoh dikalangan kaumnya tetapi lebih dari itu ialah sebagai seorang Rasul yang disokong oleh wahyu dan sentiasa mendapat taufik dan hidayah Allah SWT.
  2. Mendapat gambaran yang jelas dari contoh yang paling baik di dalam kehidupan sama ada akhlak, prinsip hidup dan sebagainya melalui perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
  3. Dapat memahami al-Quran dengan cara yang betul melalui penghayatan dan merasa roh dan matlamatnya kerana kebanyakan ayat-ayat al-Quran ditafsirkan oleh peristiwa yang dilalui Rasulullah s.a.w.
  4. Dapat mengumpulkan pengetahuan yang sebanyak-banyaknya tentang Islam sama ada yang berhubung dengan aqidah, hukum-hukum atau akhlak kerana peribadi Rasulullah s.a.w. itu mengandungi contoh Islam yang sebenarnya.
  5. Seseorang Muslim dapat meneruskan cita-cita Islam melalui jalan yang ditunjukan oleh sirah Rasulullah s.a.w.

RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI AWANG, 1988, DPF, JILID 1

Monday, September 19, 2005

KEFAHAMAN TERHADAP DAKWAH ISLAMIYYAH

(Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna)


Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapa permasalahan yang tidak dapat kita ingkari. Yang sangat nyata adalah masalah perselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan ini dibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam. Bila kita telusuri lebih jauh, bebarapa pertanyaan mungkin akan muncul: adakah jalan yang jelas ke arah mencapai tujuan? Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan dan menghadapi berbagai tantangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi? APA TITIK TOLAK DAKWAH?Kita memulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat mendasar: Apakah titik tolak dakwah itu? Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan arti titik tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah. Banyak kejadian dimana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du'at maupun dakwah itu sendiri.Dakwah seharusnya bermula pada jalan DAKWAH para NABI a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sadar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaithan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid'ah-bid'ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalambentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan berasaskan Islam.Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu, dsb. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung.

Sunday, September 18, 2005

Kejohanan Futsal Piala Roslan SMS

Alhamdulillah, DPPPJU telah menghantar 6 orang wakil bagi menyertai kejohanan futsal kali ini. Futsal kali diadakan di Taman Megah. Mereka yang mewakili DPPPJU ialah Arizan Hassan, Lukmanuddin Abu Hassan, Azizul Ariffin, Nik Saiful Nik Ismail, Ariff 'Ateed Hasan dan akhi Shukor. Turut hadir ialah Abd Rahman Sadikin(KP). Selain itu, Wan Roslan telah menjadi salah seorang urusetia untuk kejohanan kali ini. DPPPJU telah berjaya memenangi tempat ke-3.
Kejohanan kali ini mendapat sambutan dari remaja-remaja dan kanak-kanak bawah 12 tahun. Program di akhiri dengan peringatan oleh akhi Roslan SMS dengan menyatakan bahawa sukan merupakan satu usaha untuk menjaga kesihatan yang mana ianya merupakan satu amanah dan nikmat daripada Allah SWT. Sukan juga dianggap satu manifestasi ibadah kepada Allah SWT selagimana ianya tidak bertentangan dengan syara'.

Friday, September 16, 2005

Program Turun Padang

Sempena dengan program pemimpin turun padang yang telah dijalankan di peringkat Pusat dan Negeri, Hj Yusuf Ludin selaku YDP PAS Kawasan Petaling Jaya Utara telah menjalankan usaha yang sama di peringkat cawangan.
Program malam tadi yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Damansara Dalam telah dijalankan dengan penuh rasa ukhuwah. Antara AJK Cawangan yang hadir ialah akhi Mat Akhir, akhi Jasni, akhi Omar, akhi Hasnan dan Hj Kamaruddin. Manakala Azizi Ariffin selaku Bendahari Kawasan turut hadir. Pemuda Kawasan turut hadir dalam rangka program ziarah@usrah.
Program dimulakan dengan tazkirah oleh akhi Hasnizul, diikuti dengan sedikit muzakarah berkaitan puasa. YDP turut mengambil kesempatan dengan menerangkan perkembangan terkini di peringkat negeri. Turut diselitkan motivasi dan rangsangan supaya semua aktivis dan ahli meningkatkan dan menguatkan iman serta sentiasa bersama program-program jemaah.
Program diakhiri dengan majlis ta'aruf dan jamuan.

Friday, September 09, 2005



KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini mengesahkan 12 artis yang akan turun padang menetang pasukan Pemuda PAS dalamperlawanan persahabatan 10 September ini di Padang Seksyen 17 Shah Alam.Menurut Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman, perlawana itu akan dimulakan pada jam 5.00 petang Sabtu ini dan akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengadakan sidang media khas di Pejabat Editorial Harakah, Jalan Pahang dalam mengumumkan perlawanan bola sepak antara pasukan artis dengan Pemuda PAS. Bagaimanapun beliau enggan mengumumkan nama-nama artis yang bakal menghadiri perlawanan persahabatan itu. "Kita boleh pastikan bahawa mereka ini adalah artis yang terkenal.Tetapi nama mereka saya tak boleh sebutkan sekarang.Ini satu kejutan untuk semua, "Pada mulanya kita nak jemput Asmawi Ani (Mawi) untuk melakukan sepak mula dengan Ustaz Nasharudin, tetapi oleh kerana Mawi ada komitmen lain yang tak dapat dielak, beliau tidak dapat hadir," katanya. Sementara itu beliau turut mengumumkan barisan pemain dari pasukan Pemuda PAS. Antaranya ialah, bekas Ketua Pemuda PAS, Haji Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu dan Husam Musa, serta pemain dari kalangan Exco Pemuda PAS. "Kita juga menjemput bekas pemain bola sepak negara, Radhi Mat Din sehingga kini beliau belum menolak jemputan itu," katanya. Beliau menyeru orang ramai hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu di Shah Alam Sabtu ini.-wn.


17 Setinggan Kg Saujana Ditahan Polis
Muda Mohd Noor

Sep 7, 05 4:15pm - Seramai 17 penduduk setinggan Kampung Saujana di Shah Alam ditahan di lokap polis Seksyen 11, Shah Alam kerana cuba menghalang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) daripada merobohkan rumah mereka pagi tadi. Wakil Suara Warga Pertiwi, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Ramasamy Karuppan berkata, anggota polis dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menahan penduduk terbabit setelah berlaku pertengkaran dengan anggota MBSA yang melancarkan operasi meroboh rumah mereka. Katanya, kesemua yang ditahan itu dibawa dengan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Mereka dibebaskan dengan ikat jamin pada jam 4 petang. “MBSA menggunakan jentolak untuk merobohkan rumah penduduk dalam operasi yang bermula jam 11 pagi sambil dikawal ketat oleh anggota FRU dan Pegawai Pejabat Tanah,” katanya. Beliau mendakwa, sewaktu pergelutan itu, ada penduduk, termasuk kanak-kanak yang cedera dan terpaksa dirawat di klinik berhampiran. Ramasamy berkata, anggota polis tidak membenarkan penduduk mengambil barangan mereka, menyebabkan ia rosak dan musnah disodok jentolak. Kampung Saujana didiami 36 keluarga setinggan dan MBSA telah mengarahkan mereka berpindah dalam usaha Kerajaan Selangor membasmi setinggan di negeri itu. Semalam, katanya, penduduk mengadakan rundingan dengan Datuk Bandar Shah Alam, Ramli Mahmud untuk memohon operasi tersebut ditangguhkan tetapi tidak berhasil. Rumah ganti belum siap Beliau berkata, Ramli memberitahu anggota rombongan yang menemui beliau bahawa operasi merobohkan rumah setinggan Kampung Saujana tidak boleh ditangguhkan lagi kerana ia arahan kerajaan negeri. “Penduduk bukan tidak mahu berpindah tetapi rumah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri di Monterez Kayangan, Shah Alam belum siap. Malah pinjaman perumahan juga belum diluluskan,” katanya. Sementara itu, seorang penduduk Kampung Saujana, yang sudah berpindah, Natchyamuthu Subramaniam mendakwa peristiwa itu boleh dielakkan jika penduduk tidak bertindak kasar terhadap anggota polis yang berkawal. Katanya, penduduk juga degil kerana tidak mahu berpindah sedangkan ia sudah berulangkali diberi amaran oleh MBSA supaya berbuat demikian. “Apa yang pelik ialah mereka tidak membantah pemindahan penduduk semasa perbincangan dengan Datuk Bandar Shah Alam tetapi apabila ada operasi, lain pula jadinya,” katanya ketika dihubungi.

Thursday, September 08, 2005

Malaysia could be hit by typhoon

The changing global weather pattern has resulted in typhoons moving further south which has increased the possibility of Malaysia being in the path of one. However, there are no measures in place to cope with the after effects of a typhoon in Malaysia. A water-related disaster expert attached to the UN Economic and Social Commission for Asia and the Pacific Dr Ti Lee Hui noted that climatic changes in recent years have been erratic, with more typhoon activity recorded in southern Asia. "Typhoons used to be confined around Japan, but in recent times more high-velocity typhoons have moved towards Taiwan, Hong Kong and the Philippines, and there is a high probability that Malaysia may be hit in the future," he said at the International Workshop on Risk Management: Socio-Economic Impact Assess-ment of Typhoon-Related Disasters and Management Towards Millennium Development Goals. Natural Resources and Environment Ministry Parliamentary Secretary Datuk Sazmi Miah, who opened the workshop, admitted that Malaysia was not prepared to deal with typhoons. "We are not ready in terms of building design as current building bylaws did not take into consideration the effects of withstanding natural disasters like earthquakes and typhoons," he said. The Asian region had seen an average of 10 to 20 typhoons a year. Meanwhile, Drainage and Irrigation Department director-general Datuk Keizrul Abdullah said Malaysia will establish a Debris and Mudflow Warning system next year which will use satellite technology to monitor rainfall patterns and identify the topography and geology of mudslide-prone areas. "With the system, we hoped to minimise the loss of lives and damages," he said.

Wednesday, September 07, 2005

Boroi Petanda Bahaya

SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, penulis menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli. Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya penulis mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi - kerana tidak faham. Bertanya kepada rakan, rupa-rupanya penulis tidak bersendirian. Ramai juga tidak ‘berapa tahu’ makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut.

Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan. Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang menunjukkan angka lebih besar sebelum mereka mengamalkan diet dan hanya makan makanan terpilih. “Bahan yang terkandung dalam makanan disenaraikan mengikut kuantiti. Bahan yang ditulis dulu atau pada kedudukan teratas, kuantitinya paling banyak. Jika tidak ditulis beratnya pun, kita masih boleh buat anggaran kasar. Caranya mudah. Contohnya kandungan gula. Semua perkataan berakhir dengan -sa seperti sukrosa, glukosa, maltosa atau fruktosa adalah gula. Madu, gula tebu, susu pekat, molasses dan sebarang sirap buah juga adalah gula. Jadi kiralah berapa kali nama-nama ini ditulis. Begitu juga lemak. Perkataan minyak, lemak dihidrogenkan separa atau penuh, lemak sayuran, mentega, marjerin, lelemak, lemak konfeksionari atau lemak gantian semuanya membawa makna sama: lemak. Nama saintifik memang boleh mengelirukan kita, tetapi ambil cara yang mudah. Ingat perkataan yang berakhir dengan -sa adalah gula dan semua sodium, tidak kira apa jenisnya adalah garam,” katanya.

Perkara kedua penting untuk diberi perhatian adalah saiz hidangan. Boleh dikatakan hampir semua makanan kini disertakan dengan saiz hidangan yang dicadangkan pengeluar bersama peratusan kandungannya dan jumlah kalori. Jika ditulis satu hidangan bersamaan tiga keping biskut atau 250 mililiter jus buah, bermakna kita disarankan makan tiga keping biskut saja atau minum 250 mililiter jus sehari. “Jika kita makan enam keping biskut, bermakna kita makan dua hidangan. Kandungan lemak dan gulanya mungkin jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Ini antara punca ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun mereka tidak makan nasi,” katanya.
Pengarah Eksekutif WMIC, Pauline Low, pula berkata pengurusan berat badan perlu bermula sejak kecil, seawal mungkin dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam kerana ketika ini anak lebih mudah dilatih. Lebih penting, ibu bapa perlu menjadi teladan terbaik kepada anak-anak. Caranya juga mudah iaitu kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri makanan anda dengan memilih resipi menyihatkan serta kurangkan makanan diproses (seperti nugget, daging burger, sosej, biskut). “Jangan jadikan ‘makanan’, terutama makanan segera, sebagai hadiah untuk anak atau diri sendiri. Kunjungan ke restoran makanan segera pula tidak seharusnya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu anak-anak".
“Sesekali makan di luar itu bagus untuk mengeratkan ikatan keluarga, tetapi ajarlah anak memilih sajian menyihatkan. Contohnya, mi sup jauh lebih menyihatkan daripada mi goreng atau galakkan anak memilih hidangan yang banyak serat kerana ia cepat mengenyangkan,” katanya.

Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.
Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian. Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut membabitkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam. Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen. Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.
Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan. Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan. "Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus,” katanya.
Sumber : Pusat Kesihatan Universiti UUM

Tahniah Azizul!!

Tahniah kepada Azizul Ariffin kerana telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Department of Arts, Culture & Sports Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor(DPPNS). Semoga dengan lantikan beliau bertambah semarak dakwah Islamiyyah melalui seni, budaya dan sukan.

Monday, September 05, 2005

Sukan Pasti PJU (Tadika Al-Hidayah & Taska Ana)

Alhamdulillah, Sukan Pasti PJU ke-8 telah berlangsung dengan meriah sekali. Seramai 102 pelajar tadika telah mengambil bahagian. Sebanyak 5 acara dipertandingkan. Acara sukan telah bermula tepat jam 8.50am dan dirasmikan oleh Hj Awang Bakar. Seramai 20 orang pembantu sukan terdiri daripada AJK dan kaum bapa telah membantu bagi menjayakan program sukan tahunan kali ini. Selain daripada itu, acara khas untuk guru-guru, acara ibu bapa dan pertandingan tarik tali antara kaum bapa dan AJK telah memeriahkan lagi program sukan tahunan.
Turut hadir pada sukan kali ini ialah pendakwah terkemuka, Ust. Zawawi Yusuf. Salah seorang anak beliau turut mengambil bahagian dalam sukan tahunan kali ini.
Tahniah kepada seluruh warga kerja sukan tahunan Pasti ke-8. Semoga Allah swt menerima amal kita.

Friday, September 02, 2005

Mechanic Ways To Minimize Auto Repairs

While most people neglect their automobile, the average car life is about 10 years (or 100,000 miles). With proper maintenance, you can double or even triple your car's life. This check list tells you what to do.

A. Every two weeks :
1. Check engine oil. Add oil if needed. Use correct viscosity.
2. Check radiator coolant level. Add water or anti-freeze if necessary.
3. Check paint for deep scratches, chips, rust. Repair any damage.

B. Once a month :
4. Check air pressure in all FIVE tires. Add air if required.
5. Check battery fluid (in UNsealed batteries). Add water if necessary.
6. Check fluid in power-steering pump reservoir. Add fluid if needed.

C. Every 3 months or 3,000 miles (whichever comes first) :
7. Change entire oil.
8. Change oil filter.
9. Check automatic-transmission fluid level and condition. Add additional fluid if necessary.
10. Check all drive belts (fan belts) on engine. Replace any if needed.
11. Adjust drum brakes with manual adjusters.

D. Every 6 months or 6,000 miles :
12. Check carburetor. Replace or make adjustments if necessary.
13. Check pollution-control equipment. Make any adjustments if needed.
14. Replace spark plugs.
15. Check clutch free play. Adjust if required.
16. Check oil in differential and manual transmission. Add oil if needed.
17. Check brake fluid level in master cylinder reservoir. Add brake fluid if necessary.
18. Rotate the tires.
19. Have headlights aimed.
20. Check air condition sight glass (if any). Add refrigerant if required.
21. Lubricate all locks and hinges.
22. Grease all chassis fittings.
23. Wax car body.

E. Every 12 months or 12,000 miles :
24. Inspect brake linings. Replace if necessary.
25. Time for major tune-up. Replace points, plugs, filters plus adjustments to carburetor, ignition system and pollution-control equipment.
26. Repack wheel bearings.
27. Replace all air filters.
28. Replace all fuel filters.
29. Flush radiator and heater core. Replace antifreeze.
30. Have front-end alignment checked and corrected if needed.
31. Replace wind shield wiper blades.
32. Clean crankcase breather cap.
33. Tighten bolts on engine manifolds.
34. Have automatic transmission bands adjusted (if possible).
35. Adjust valve clearance (if required on your car).

F. Every 2 years or 24,000 miles :
36. Replace PCV (positive crankcase ventilating) valve.
37. Bleed brake system and replace brake fluid.
38. Replace automatic transmission fluid and filter.

G. Every 3 years of 30,000 miles :
39. Replace all cooling system and heater hoses.
40. Replace oil in differential and manual transmission.
41. Test ignition cables and replace if needed.

H. Every 50,000 miles :
42. Replace catalytic converter (on cars so equipped).

Thursday, September 01, 2005

Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang

Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum, terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.
  4. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  5. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  6. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  7. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  8. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  9. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Sumber : Pusat Kesihatan Universiti UUM